Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Pindahan Dalaman

Memindahkan dana antara akaun anda

  1. Dalam MyAlpari, pilih 'Pindahan Dalaman' daripada menu atas.
  2. Dalam borang yang muncul, pastikan anda memilih 'Pindahan Dalaman' seperti 'Jenis Pindahan' yang diperlukan.
  3. Dari sini, pilih akaun yang anda ingin gunakan untuk pemindahan dana kemudian pilih 'Akaun Dagangan' sebagai 'Kaedah Pindahan'.
  4. Sebelum mengklik 'Sahkan', anda perlu menentukan akaun destinasi pindahan ini serta jumlah pindahannya.
  5. Untuk mengesahkan permintaan pindahan, anda akan menerima kata laluan menerusi SMS atau alamat e-mel yang anda gunakan semasa pendaftaran. Masukkan kata laluan ini dalam medan yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi.

Anda boleh menjejak pindahan anda pada bila-bila masa dalam 'Sejarah MyAlpari'.

Syarat pindahan

Masa Pemprosesan: Pindahan Dalaman Alpari International adalah segera, tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa minit untuk baki akaun anda dikemas kini. Dalam keadaan tertentu, kelewatan juga mungkin berlaku. Sekiranya anda tidak melihat baki akaun terkini anda, sila hubungi kami dan pihak kami akan membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera.

Komisen: Tiada.

Maklumat penting

Semasa melakukan pemindahan dana antara akaun, penting untuk anda memastikan perkara yang berikut:

  1. Alpari International tidak membenarkan pindahan dana kepada akaun dagangan pihak ketiga. Dana hanya boleh dipindahkan antara akaun berdaftar di bawah nama yang sama.
  2. Pindahan hanya boleh dilakukan dalam EUR, GBP dan USD. Kadar tukaran dikemas kini setiap hari dan boleh ditemui di MyAlpari.

© 2019 Alpari International