Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Mengapa Alpari International?

Kami dipercayai oleh jutaan orang.

Masa depan yang cerah dengan Alpari

Alpari ialah salah satu jenama forex yang terbesar dan di Alpari International kami bekerja keras untuk memastikan pelanggan kami membuat keputusan dagangan dan pelaburan yang terbaik. Perkhidmatan kami yang pelbagai membolehkan anda mendapat panduan, nasihat dan sumber yang terbaik untuk membina masa depan yang lebih kaya.

Apabila anda memilih Alpari International, anda berdagang dengan broker global yang tiada tandingannya. Kami bekerja siang dan malam untuk menghasilkan dan mengekalkan persekitaran dagangan forex yang membantu semua orang mengakses pasaran – daripada pedagang pertama kali sehinggalah mereka yang menjadikan berdagang sebagai kerjaya.

Jenama Alpari dari segi nombor:
2 juta
pedagang telah memilih Alpari sebagai broker mereka
20
tahun pengalaman dalam industri forex
8
lokasi global merentasi tiga benua
250+
instrumen dagangan

Jutaan pelanggan Alpari tidak akan silap

Jenama Alpari mendorong lebih daripada dua juta pelanggan, ini disebabkan oleh reputasi yang dibina sejak dua dekad yang lalu. Di Alpari International, sebahagian daripada misi kami adalah memastikan bahawa standard kecemerlangan adalah tinggi. Kami menyediakan persekitaran dagangan forex yang boleh diharap, boleh dipercayai dan terkini dari segi teknikal, di samping memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan pelanggan yang sungguh baik.

Bantuan dan pengetahuan pakar apabila anda memerlukannya

Pelanggan kami merupakan keutamaan kami, sebab itulah kami mempunyai pakar yang bersedia untuk menjawab semua soalan anda melalui telefon, e-mel dan sembang langsung. Pejabat kami berada di seluruh dunia, menawarkan bantuan, nasihat dan bimbingan pakar apabila anda memerlukannya.

Kemasukan ke pasaran kewangan untuk semua orang

Dengan Alpari International, anda mempunyai semua yang anda perlukan untuk mula berdagang forex, logam, mata wang kripto dan CFD niaga hadapan komoditi. Manfaat daripada alat dagangan, kecairan antara bank, platform dagangan lanjutan dan berita kewangan untuk membantu anda dalam perjalanan anda.

Pilihan dagangan fleksibel
untuk disesuaikan dengan keperluan anda

Pelaburan pintar bermakna mempunyai pelbagai pilihan. Dengan Alpari International, anda boleh berdagang dan melabur mengikut cara yang anda inginkan dengan memilih dagangan bebas atau menyertai Alpari Invest dan mengikut strategi daripada pedagang yang berpengalaman. Dengan program Pulangan Tunai Kesetiaan kami, anda juga boleh mendapatkan semula sebahagian daripada dana anda pada jenis komisen yang berbeza.

Platform terkini

Alpari International menggunakan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, kedua-duanya menawarkan alat pencartaan fleksible yang hebat dan antara muka yang mudah untuk digunakan. Untuk volum yang lebih tinggi, kami juga menyediakan platform Alpari International Direct yang menawarkan ciri dipertingkat untuk pelabur lanjutan.

Alat yang berkuasa
di hujung jari anda

Akses perisian dagangan kami di rumah atau pada peranti mudah alih anda, atau di aplikasi percuma kami, semuanya membolehkan anda membuka akaun dagangan, mendapatkan berita kewangan, mengakses sebut harga masa nyata, kalendar ekonomi dan kadar faedah dari seluruh dunia.

Keselamatan
yang boleh anda percayai

Secara semula jadi, kami tidak akan berada di tahap sekarang ini tanpa memastikan keselamatan yang teguh bagi dana pelanggan kami. Daripada menyimpan wang anda dalam akaun berasingan, sehingga bekerjasama hanya dengan bank yang bereputasi baik (anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai bank terpilih di sini), Alpari International melindungi modal anda seperti modal kami sendiri. Kami memastikan semua data disulitkan dan kami menyediakan ketelusan jika boleh, mematuhi standard kewangan yang ketat.

Pilih rakan kongsi forex kami yang terbaik dan berjaya apabila mereka berjaya.

Buka Akaun Langsung Cuba Dagangan Demo