Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Perbandingan Akaun Dagangan

Pilih akaun yang sesuai untuk anda.

Bandingkan. Pilih. Mula Berdagang.

Terokai akaun yang paling sesuai dengan personaliti dagangan anda

Akaun Dagangan Langsung

Alpari International menawarkan pelbagai pilihan akaun dagangan langsung untuk anda pilih. Setiap satunya menawarkan setiap pelabur dengan peluang yang berbeza dan membolehkan anda untuk melakukan dagangan dalam cara yang berlainan. Semak lalu spesifikasi akaun Standard, Micro, Pro dan ECN kami untuk mengetahui ciri-ciri yang paling sesuai dengan anda. Sama ada anda seorang pedagang baru dalam pasaran forex atau anda seorang pedagang yang berpengalaman, pilihan akaun kami memberikan anda peluang untuk menerokai pasaran dalam cara yang paling sesuai dengan anda.

Akaun Dagangan Demo

Semua pelaburan melibatkan tahap risiko masing-masing, itulah sebabnya kami ingin menyarankan supaya pedagang baru berlatih dagangan menggunakan akaun demo kami terlebih dahulu. Alpari International menawarkan rangkaian akaun yang bebas risiko untuk anda pilih, bagi membolehkan anda melakukan dagangan dengan bebas dalam ruang lingkup keselesaan dan keselamatan anda sendiri bagi mengembangkan kemahiran dagangan anda dalam sebuah persekitaran yang menyerupai keadaan pasaran sebenar tanpa sebarang risiko terhadap modal anda.

Sila Ambil Perhatian:

*Alpari menggunakan pelarasan dividen terhadap Indeks Spot apabila kedudukan kekal terbuka pada tarikh tanpa dividen. Sekiranya klien memegang kedudukannya, akaunnya akan dikreditkan dengan jumlah dividen yang tetap. Sekiranya klien memegang kedudukan jual, jumlah dividen akan didebitkan daripada akaunnya.

*Bagi Indeks Spot dan Komoditi Spot pada Akaun MT4 ECN, volum maksimum bagi setiap dagangan ialah 5 lot.

*Bagi Indeks Spot dan Komoditi Spot pada Akaun MT4 ECN: volum maksimum bagi Indeks Spot ialah 15 lot dan 50 lot untuk Komoditi Spot.

1 Akaun NGN hanya tersedia kepada klien di Nigeria.

3 Spread adalah terapung dan mungkin mengalami peningkatan sepanjang hari bergantung pada keadaan pasaran.

4 Pasangan eksotik tidak tersedia untuk akaun bebas swap.

5 Spread tahap institusi ditawarkan pada akaun Alpari Pro dengan syarat mempunyai baki akaun minimum sebanyak EUR/GBP/USD 25,000 yang perlu dikekalkan sepanjang masa. Sekiranya baki akaun Alpari Pro jatuh di bawah jumlah yang diperlukan, spread yang ditawarkan mungkin kembali kepada harga runcit sehingga akaun ditambah nilai. Dalam hal ini, klien akan dimaklumkan terlebih dahulu.

8 Bagi Indeks Spot dan Komoditi Spot pada Akaun MT4 Standard: volum maksimum bagi setiap dagangan ialah 5 lot; volum maksimum bagi semua perintah untuk Indeks Spot ialah 15 lot dan 50 lot untuk Komoditi Spot.

11Adalah dimaklumkan bahawa keperluan margin mungkin berbeza antara simbol dan pelayan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Leveraj dan Keperluan Margin.

12 Sila ambil perhatian bahawa pihak Syarikat menurut budi bicaranya mungkin menukar leveraj kepada nilai maksimum sehingga 1:100 bagi semua pasangan matawang forex dan logam spot dalam tempoh satu jam sebelum sesi dagangan berakhir pada setiap hari Jumaat sekiranya sebarang kedudukan dibuka, ditutup atau diubah suai pada akaun MT4 Standard atau MT4 Micro. Walau bagaimanapun, sebelum memulakan sesi dagangan baru, leveraj akan ditetapkan semula berdasarkan volum keseluruhan kedudukan terbuka pada akaun berkenaan. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa pihak Syarikat mungkin melanjutkan perubahan ini selagi dianggap perlu selepas pasaran dibuka, dengan memberikan notis bertulis awal kepada klien.

16Komisen pada ECN MT4/MT5 adalah tetap bagi setiap lot dan ia hanya akan diambil apabila suatu kedudukan dibuka dengan mengira kedua-dua pembukaan dan penutupan perintah berkenaan. Komisen adalah bergantung pada matawang Akaun - Forex/Metal: 3 USD/lot, 2.6 EUR/lot, 2.35 GBP/lot atau 1,095NGN/lot, Indeks: 7 USD/lot, 6 EUR/lot, 5.5 GBP/lot atau 2,555 NGN/lot, Komoditi: 4 USD/lot, 3.5 EUR/lot, 3.15 GBP/lot atau 1,460 NGN/lot, Matawang Kripto: 15 USD/lot, 12.5 EUR/lot, 11.5 GBP/lot atau 5,400 NGN/lot.

17Akaun Micro menawarkan leveraj tetap yang bergantung pada pengalaman dan pengetahuan anda dan boleh diubah dari dalam MyAlpari anda.

18Sila ambil perhatian bahawa rollover harian bermula dari pukul 23:59:59 (waktu pelayan MT) dan selama beberapa saat, pelayan kami berhenti menerima sebarang permintaan kerana pemprosesan data berkaitan dengan persediaan penyata harian dan bulanan.

© 2019 Alpari International