Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Perdagangan Logam

Mengikut sejarah, logam dan khususnya logam berharga selalu dianggap sebagai safe haven. Hal ini benar terutamanya pada masa pergolakan ekonomi, peperangan dan ketidakpastian dalam politik. Oleh itu, selepas krisis kewangan tahun 2008 dan sebelum perbincangan perjanjian perdagangan AS-China, melabur dalam logam berharga dan perdagangan logam sekali lagi mendapat tarikan.

Secara tradisinya, logam berharga — terutamanya Emas — telah dianggap sebagai pelaburan selamat. Krisis kewangan tahun 2008 menyebabkan kejatuhan pasaran saham, dengan Dow Jones Industrial Average (indeks pasaran saham yang mengandungi 30 syarikat AS terbesar) jatuh dari paras 13,264 kepada 7,062. Kejatuhan itu mencapai kerugian sebanyak 47% daripada nilainya dalam tempoh 15 bulan. Namun begitu, semasa tempoh yang sama antara bulan Disember 2007 dan November 2008, harga Emas meningkat sebanyak 17%. Antara tahun 2008 dan 2012, nilai Emas terus meningkat secara mendadak apabila Amerika Syarikat mengalami kesulitan dengan krisis ekonomi dan kewangan daripada kemelesetan dan Rizab Persekutuan AS meningkatkan usaha awal bagi pelonggaran kuantitatif (atau monetari).

  • Harga Emas Setiap Auns
  • Indeks S&P 500
  • Harga Emas Setiap Auns
  • Indeks S&P 500

Ramai pakar kewangan mengesyorkan pempelbagaian portfolio yang mengandungi sekurang-kurangnya 10% hingga 20% (dan kadang-kadang lebih) aset ketara seperti bulion dan syiling bulion Emas, Perak, Platinum dan Paladium. Dalam persekitaran politik dan ekonomi yang tidak pasti pada masa ini, banyak broker yang bereputasi baik menawarkan perdagangan logam sebagai satu cara untuk mempelbagaikan portfolio pelanggan mereka.

Perdagangan Logam Berharga

Logam berharga ialah logam bernilai yang jarang ditemui dan terhasil secara semula jadi. Logam berharga digunakan secara meluas dalam perdagangan dan industri serta mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Penggunaan logam berharga sebagai instrumen pelaburan menjadikan logam berharga sebagai objek untuk spekulasi yang tinggi dalam pasaran komoditi. Perdagangan logam berharga memanfaatkan komoditi ini sebagai satu bentuk wang yang nilainya lebih dapat bertahan berbanding wang kertas yang dicetak.

Perdagangan logam berharga menumpukan pada empat logam utama, iaitu: Perak (Ag), Emas (Au), Platinum (Pt) dan Paladium (Pd). Kekurangan dan permintaan logam berharga ini menjadikannya lebih bernilai daripada logam asas. Terdapat logam pasaran kedua dalam kalangan logam berharga berbeza yang boleh bertindak sebagai penimbal sekiranya harga Emas, Perak atau Platinum menyusut di bawah standard prestasi. Produk pasaran kedua ini biasanya mempunyai premium yang lebih rendah dan risiko yang lebih rendah – tetapi, seperti semua instrumen kewangan, bukanlah pelaburan 'selamat'.

Kepelbagaian logam berharga yang boleh dilaburkan memberi pedagang akses kepada produk yang mengikut sejarah pulih semula dengan cepat.

Namun begitu, terdapat faktor penting yang mesti difahami oleh pelabur untuk berpotensi berjaya dalam perdagangan logam berharga. Iaitu perbezaan pasaran logam berharga daripada pasaran saham.

Saham yang didagangkan pada pasaran saham ialah ekuiti yang pemegang saham miliki sebahagian kecil atau besar daripada syarikat yang sahamnya didagangkan. Logam berharga ialah komoditi. Pelabur sama ada memegang produk logam fizikal atau menghasilkan wang daripada perbezaan dalam harga beli dan jual logam tersebut apabila permintaan untuk logam meningkat dan harga lani meningkat.

Pasaran saham dan logam berharga wujud dan berfungsi secara berasingan antara satu sama lain. Mengikut sejarah, pasaran logam berharga bergerak dalam arah yang bertentangan daripada pasaran saham. Korelasi ini memberi pelabur pilihan yang berdaya maju sekiranya pasaran saham menjunam.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam logam berharga. Anda boleh membeli logam fizikal dalam bentuk jongkong bulion atau syiling bulion, atau anda boleh memilih produk kewangan seperti saham, niaga hadapan, opsyen, dana amanah dan dana dagangan bursa berdasarkan pada pemegangan logam berharga (ETF).

ETF Komoditi

Dana dagangan bursa tersedia untuk semua logam berharga. Dana ini menawarkan cara yang senang dan mudah tunai untuk membeli dan menjual Emas, Perak atau Platinum. Apabila melabur dalam ETF, anda tidak memiliki logam tersebut. Pelabur ETF tidak mempunyai tuntutan terhadap emas dalam dana tersebut dan tidak dapat mengambil penghantaran logam tersebut jika terdapat keperluannya. Namun begitu, anda boleh mendapat untung yang besar daripada pergerakan harga logam lani.

Saham biasa dan dana amanah

Saham syarikat perlombongan logam berharga dimanfaatkan untuk pergerakan harga dalam logam berharga. Anda disyorkan untuk mengetahui cara saham perlombongan ini dinilai dan juga mengawasi rekod prestasi syarikat.

Pasaran hadapan dan opsyen

Pasaran hadapan dan opsyen menawarkan kecairan dan leveraj kepada pelabur yang ingin membuat spekulasi pada harga Emas berbanding USD, Emas berbanding EUR atau pasangan lain. Potensi untung dan rugi yang paling besar boleh diperoleh dengan produk derivatif.

Bulion

Apabila anda melabur dalam syiling dan jongkong, anda membeli logam fizikal dalam bentuk jongkong bulion atau syiling bulion. Namun begitu, bulion dianggap sebagai tidak mudah tunai dan agak menyusahkan untuk menyimpannya.

Sijil

Sijil menawarkan semua manfaat pemilikan emas fizikal kepada pelabur tanpa kesulitan dari segi pengangkutan dan penyimpanan. Namun begitu, sekiranya berlaku bencana, sijil hanyalah kertas dan tidak boleh ditukar untuk apa-apa nilai yang sebenar.

Perdagangan logam berharga mempunyai beberapa manfaat utama yang memberikan perlindungan inflasi yang unik. Oleh sebab logam mempunyai nilai intrinsik, logam tidak mempunyai risiko kredit dan dengan itu tidak boleh melambung. Terdapat "insurans" yang sebenar terhadap pergolakan kewangan atau politik/ketenteraan.

Dari perspektif pedagang, logam berharga juga memberikan korelasi yang rendah atau negatif dengan kelas aset lain seperti saham dan bon. Malah peratusan yang kecil logam berharga dalam portfolio anda adalah mencukupi untuk mengurangkan ketaktentuan dan risiko kerana logam dapat memberikan kenaikan harga dan potensi untung yang luar biasa.

Harga Emas Lani

Harga semasa (harian) Emas dikenali sebagai harga emas lani. Iaitu harga Emas pada masa dagangan atau transaksi berbanding tarikh pada masa depan. Harga lani untuk Emas sentiasa dalam keadaan turun naik dan boleh didorong oleh banyak faktor. Biasanya, Emas lani disebut harga dalam harga setiap auns menggunakan dolar AS. Sebut harga juga tersedia yang menggambarkan harga Emas lani dalam mata wang lain.

Nilainya dan dengan itu harga emas ditentukan oleh pasaran 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Emas didagangkan terutamanya sebagai fungsi sentimen, bermakna harganya kurang dipengaruhi oleh undang-undang penawaran dan permintaan. Harga lani sebenar bagi Emas diperoleh daripada kontrak hadapan Emas bulan terdekat dengan volum terbesar. Ini boleh jadi bulan terdekat atau bulan depan, atau boleh jadi satu atau dua bulan di luar jangka masa tersebut.

Sebagai logam berharga yang utama, Emas biasanya menunjukkan permintaan pelaburan yang lebih kukuh semasa tempoh ketegangan ekonomi atau geopolitik. Antara awal bulan April 2001 dan awal bulan September 2011, Emas lani meningkat dari paras rendah kira-kira $250 setiap auns kepada paras tinggi hampir $1,900 setiap auns — kenaikan lebih daripada 600% dalam kira-kira 10-1/2 tahun. Kadar faedah dan dasar kewangan juga boleh memberikan pengaruh yang ketara terhadap harga Emas lani. Emas boleh menghasilkan pulangan pelaburan jangka pendek yang hebat dan juga ketika tempoh kadar faedah yang sangat rendah, kerana kadar rendah menjadikan kos peluang untuk memegang Emas adalah kurang.

Logam Lani

Perdagangan logam lani terdiri daripada bertukar logam lani — Emas atau Perak — untuk mata wang. Contohnya, pedagang mungkin memilih untuk berdagang Emas berbanding Paun British (XAUGBP) atau Perak berbanding Euro (XAGEUR).

Sebahagian cara untuk potensi kejayaan perdagangan logam lani adalah mengikuti perkembangan pasaran logam dengan memantau prestasi beberapa indeks utama yang menjejaki sektor tersebut. Terdapat banyak indeks logam lani yang memberikan asas yang baik untuk permintaan pelaburan dalam sektor tersebut kerana indeks tersebut mengukur prestasi pasaran hadapan logam, seperti S&P GSCI Precious Metals Index, S&P GSCI Industrial Metals Select, UBS Bloomberg CMCI Industrial Metals Index Total Return dan DBIQ Optimum Yield Industrial Metals Index Excess Return.

Sumber tambahan tentang penentuan harga pasaran dan berita tentang sektor logam berharga dan logam asas juga tersedia untuk pelabur. Menggunakan carta harga logam lani untuk memantau harga lani Emas dan Perak juga disyorkan untuk menjejaki pergerakan pasaran.

Perdagangan logam lani menggambarkan peluang untuk pelabur dan pedagang mempelbagaikan pemegangan kewangan mereka untuk memastikan ia sekurang-kurangnya diwakili sebahagiannya daripada pelaburan safe haven. Sesetengah broker yang dikawal selia seperti Alpari menawarkan instrumen tambahan seperti Kontrak untuk Perbezaan (CFD) yang boleh mengambil kedudukan panjang atau singkat pada Emas dan Perak. CFD membolehkan pedagang membuat spekulasi tentang harga logam tanpa membeli saham, ETF, niaga hadapan atau opsyen. Pelanggan mendepositkan dana dengan broker yang berfungsi sebagai margin. Nilai CFD terhasil daripada perbezaan antara harga logam pada masa pembelian dan harga semasa.

Ketidakpastian yang berterusan dalam pasaran kewangan ialah perkara yang mendorong permintaan untuk dagangan logam lani. Logam berharga biasanya agak berkesan terhadap kejatuhan mata wang fiat dan oleh sebab logam berharga mempunyai nilai intrinsik, ia tidak dinilai hanya sebagai medium pertukaran. Oleh itu, logam lani semakin popular dalam kalangan pelabur di seluruh dunia. Pada masa ketidakpastian pasaran yang tinggi, orang ramai kerap cenderung untuk beralih kepada keselamatan logam berharga, dengan Emas dan Perak dianggap sebagai lindung nilai inflasi yang cemerlang. Seperti semua instrumen lain dalam pasaran kewangan, peristiwa politik dan ekonomi boleh memberikan pengaruh yang tinggi terhadap harga logam lani dan menyebabkan nilainya turun naik.

Harga Logam Lani

Harga logam lani atau harga lani bagi mana-mana logam merujuk pada harga pada masa logam tertentu boleh ditukar atau dihantar pada masa itu. Dengan kata lain, harga lani ialah harga pada masa Emas, Perak, Platinum atau mana-mana logam lain sedang didagangkan. Harga lani biasanya dirujuk dalam pasaran Perak dan Emas, dan juga minyak mentah dan komoditi lain.

Oleh sebab harga logam dalam keadaan penemuan yang berterusan, ia menjadi tumpuan minat pihak bank, institusi kewangan, broker dan pelabur runcit. Sejak awal Abad ke-21, harga logam lani telah meningkat secara keseluruhan dan lantaran itu menarik perhatian ramai pelabur. Ramai orang telah beralih kepada logam berharga, seperti Perak, Emas dan Platinum, untuk bantu melindungi mereka daripada penurunan nilai Dolar AS yang berterusan (atau mata wang fiat lain) dan ketaktentuan dalam pasaran saham.

Oleh itu, setiap pelaburan mengandungi set risiko yang tersendiri. Walaupun logam lani mempunyai tahap keselamatan yang tertentu, sentiasa terdapat risiko yang terkandung dalam perdagangan logam berharga. Harga logam lani diketahui kerap turun naik dan boleh menyusut pada waktu ekonomi stabil, lantaran itu mendatangkan kesan pada orang yang sangat suka melabur dalam pasaran logam berharga. Membuat jualan mungkin mencabar pada waktu ketaktentuan ekonomi, kerana harganya cenderung untuk meningkat dengan cepat.

Secara keseluruhan, kecairan yang dalam dan ketaktentuan tinggi logam berharga bermakna kedudukan boleh dibuka dengan mudah dan banyak peluang yang muncul sama ada ketika harga logam berharga menaik atau menurun.

Melabur dalam logam berharga telah menjadi cara yang popular untuk orang ramai mengekalkan kekayaan mereka walaupun sebelum kewujudan pasaran saham. Biasanya, logam berharga dilihat sebagai pelaburan jangka panjang kerana nilai intrinsiknya yang telah membantunya mengekalkan rekod jangka panjang sebagai instrumen pelaburan. Namun begitu, perdagangan logam berharga berdasarkan faktor sosial dan politik, digabungkan dengan penawaran dan permintaan logam tersebut, ialah pilihan lain yang menguntungkan dan pelaburan yang boleh mengurangkan kesan kerugian anda pada pasaran saham jika diperlukan.

Salah satu kelebihan utama perdagangan logam berharga ialah broker Forex logam lani membantu pedagang menambah kepelbagaian pada portfolio pelaburan mereka dengan instrumen pelaburan yang berbeza. Anda boleh bebas beralih dari satu aset kepada aset yang lain dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan anda. Anda mendapat peluang untuk memasuki dunia perdagangan dengan selamat, tanpa menanggung risiko kerugian kewangan yang besar daripada semua unsur. Melalui pelbagai jenis aset, terdapat kemungkinan untuk meluaskan pelaburan pada instrumen dagangan yang berbeza tanpa meletakkan "semua pelaburan anda pada satu tempat".

Pasaran logam berharga boleh menjadi sangat tidak menentu, oleh itu ia mungkin tidak sesuai bagi semua pelabur. Namun begitu, sangat sesuai bagi pelabur yang berminat dalam komoditi seperti emas dan perak, serta mereka yang ingin membeli logam berharga sebagai sebahagian daripada strategi pempelbagaian.

Tindakan membiasakan diri anda dengan carta harga pasaran lani, analisis dan ulasan pasaran akan membantu anda membuat keputusan berdasarkan fakta pada strategi pempelbagaian portfolio anda dan memberi anda kelebihan yang kompetitif dalam pasaran logam berharga.