Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Adakah Kebanyakan Orang Tahu Tentang Mata Wang Kripto?

Jawapan ringkas - tidak.

  • 60.4% daripada orang ramai tidak memahami tentang Mata Wang Kripto.
  • Kami telah membuat tinjauan kepada 1000 orang dari Amerika Syarikat untuk mengetahui seramai mana pengguna di salah sebuah ekonomi yang terbesar di dunia ini memahami sebenarnya tentang Mata Wang Kripto. Keputusan menunjukkan bahawa dua pertiga daripada mereka tidak tahu, dengan hanya satu pertiga daripada orang ramai yang mengatakan bahawa mereka memahami tentang Kripto.
  • Kebanyakan responden yang mengatakan mereka memahami tentang Mata Wang Kripto adalah lelaki (59.1%).

Mata Wang KriptoPurata bilangan carian
bulanan (seluruh dunia)
Bitcoin4,977,598
XRP (Ripple)673,000
Litecoin368,000
Ethereum301,481
Bitcoin Cash1,333,571

Negara Mana Paling Kerap Mencari

Jenis Mata Wang Kripto yang Berbeza?

Negara yang paling kerap mencari semua jenis Mata Wang Kripto ialah Amerika Syarikat.
Kami melihat data jumlah carian daripada 10 negara yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia untuk mengetahui jenis Mata Wang Kripto yang paling kerap dicari.
Carta di bawah menunjukkan jumlah carian bagi setiap jenis Mata Wang Kripto daripada pelbagai negara yang berbeza.
Bilangan pada paksi menegak merujuk bilangan carian purata setiap bulan yang dibuat bagi kata kunci tertentu pada tahun lepas.

Seperti yang anda lihat, negara yang paling banyak mencari perkataan 'Bitcoin' ialah Amerika Syarikat, dengan purata carian 1.2 juta dibuat bagi istilah tersebut setiap bulan. Bilangan carian yang paling tinggi seterusnya bagi Bitcoin adalah dari Brazil, dengan hampir setengah juta carian dibuat setiap bulan. Jerman menyusul rapat dengan 370,000 carian bulanan bagi Bitcoin.

Seterusnya, kami menumpukan perhatian pada carian bagi 'XRP' (juga dikenali sebagai Ripple). Sekali lagi, negara dengan bilangan carian tertinggi ialah Amerika Syarikat, purata carian kira-kira 17,000 bagi istilah tersebut pada setiap bulan. Minat rakyat Jepun terhadap XRP juga tinggi, dengan 6,600 carian setiap bulan.

Sebahagian besar carian bagi 'Litecoin" datangnya dari Amerika Syarikat berbanding mana-mana negara lain yang terlibat dalam kajian kami, dengan bilangan carian purata dari Amerika Syarikat berjumlah lebih daripada 200,000. Bilangan carian bagi istilah ini berbanding jenis Mata Wang Kripto yang lain jauh lebih rendah, dengan 14,800 carian dari Brazil dan hanya 12,100 dari India.

Jumlah carian bagi jenis Mata Wang Kripto yang lain, 'Ethereum' sebahagian besarnya dari Amerika Syarikat dengan 74,000 carian dibuat pada setiap bulan. Perkara yang menarik ialah India juga agak kerap mencari 'Ethereum' dengan 27,100 carian sebulan.

Bitcoin Cash ialah salah satu jenis Mata Wang Kripto yang kurang popular dalam senarai ini. Seperti mata wang di atas, kebanyakan carian adalah dari Amerika Syarikat dengan 43,214 carian dibuat bagi 'Bitcoin Cash' pada setiap bulan.

Tetapi, mengapa Bitcoin begitu Popular?

Salah satu penemuan yang paling ketara daripada kajian ini ialah populariti Bitcoin dan minat yang semakin meningkat daripada orang ramai dalam bentuk Mata Wang ini.

Tetapi, mengapa begitu ramai orang yang berminat terhadap Bitcoin berbanding jenis mata wang yang lain?

Untuk mengetahuinya, kami merujuk Bobby Ong, pengasas bersama laman penilaian mata wang kripto CoinGecko dan kurator surat berita Mata Wang Kripto, Altcoin mingguan.

"Mata wang ini [Bitcoin] ialah mata wang kripto terpencar yang pertama dan mempunyai kesan rangkaian yang terbesar", kata Bobby.
"Altcoin yang pertama, Ripple (XRP) hanya dilancarkan dua tahun selepas Bitcoin dicipta. Itulah salah satu daripada banyak sebab Mata Wang Kripto lain tidak sepopular atau sama nilainya apabila dibandingkan dengan Bitcoin.
Bitcoin juga mata wang rizab de facto bagi semua Mata Wang Kripto yang lain, oleh itu semakin meningkatkan nilainya."

Catatan tentang Kajian Kami

Terdapat beberapa peringatan penting yang perlu diberikan perhatian daripada kajian kami. Pertama ialah maksud di sebalik istilah carian yang kami kaji. Terdapat kemungkinan sebahagian carian dalam data yang kami kumpulkan mungkin tidak berkaitan dengan Mata Wang Kripto, kerana nama sesetengah Mata Wang Kripto mungkin bertindan dengan tujuan carian yang tidak berkaitan.

Selain itu, penting untuk diberikan perhatian bahawa terdapat beberapa pertimbangan dalam kajian ini yang tidak diambil kira.

Ini termasuk:

  • 1Populasi setiap negara
  • 2Populasi dalam negara ini yang mempunyai akses Internet
  • 3Sama ada Google ialah enjin carian utama yang digunakan di setiap negara yang tertentu

Kami mengecualikan Iran daripada kajian ini kerana data jumlah carian populasi mereka tidak boleh didapati pada masa ini. Selain itu, perlu diberikan perhatian bahawa Google bukanlah enjin carian utama di China dan malangnya, kami tidak dapat memperoleh bacaan tersebut daripada enjin carian utama mereka Baidu. Oleh itu, set data jumlah carian kami untuk negara ini juga dikecualikan daripada kajian ini.