Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Alpari International adalah hasil usaha keras, pemikiran maju serta nilai-nilai perniagaan yang menjadi teras dalam perjalanan naik turun kami dalam industri kewangan.

Kisah kejayaan daripada tiga individu yang memulakan jenama Alpari tanpa apa-apa, serta membangunkan sebuah empayar dagangan dalam talian global menjelang tempoh krisis ekonomi yang paling dahsyat dalam sejarah merupakan sebuah kisah penuh tekad dan iltizam. Kami tidak akan berdiri di sini tanpa mereka dan kisah ini bermula sejak lebih 20 tahun yang lalu...

1998

2000

2001

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

Ketika tempoh kekalutan yang meluas di Rusia, sekumpulan lelaki sedang berusaha untuk memulakan perniagaan dalam bidang kewangan dalam pada tempoh kemelesetan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara itu. Pihak kerajaan telah menghentikan pinjaman, matawang rouble sedang merudum dan pasaran saham pula di ambang keruntuhan penuh. Namun, para pengasas Alpari ini mempunyai minat terhadap salah satu pasaran yang tidak terjejas, iaitu forex. Pada 24 Disember 1998, Alpari telah dilahirkan.

Alpari memutuskan untuk memanfaatkan teknologi termaju dan mengalihkan dagangan mereka secara dalam talian menerusi platform MetaQuotes.

Pasaran forex terus menunjukkan prestasi yang bagus dan pejabat pertama Alpari di Moscow dibuka.

Alpari melengkapkan peralihan tersebut kepada dagangan dalam talian sepenuhnya, mengalihkan semua dagangan langsung kepada platform MetaTrader MetaQuotes. Perisian dagangan ini adalah mudah digunakan dan menawarkan pelbagai ciri-ciri termaju untuk manfaat klien.

Alpari mula menawarkan versi percuma MetaTrader untuk komputer poket.

Alpari dan Prime-Tass Agency of Economic Information menandatangani perjanjian yang akan membolehkan Alpari untuk menawarkan data ekonomi daripada Dow Jones Newswire kepada klien.

Sekolah Dagangan Alpari dibuka.

Jenama ini meraikan kliennya yang ke 10,000.

Dana Amal Alpari diasaskan.

Dengan prestasi yang luar biasa dan sebaik sahaja jenama Alpari mencapai penanda arasnya dengan 25,000 klien, jenama ini terus meluaskan sayapnya ke seluruh dunia dengan lesen-lesen yang dikeluarkan untuk Alpari UK dan US.

Organisasi seperti National Futures Association (NFA) AS mengiktiraf Alpari (US), LLC sebagai Pedagang Komisen Masa Hadapan. Alpari (US) turut diberi lesen sebagai broker oleh Commodity Futures Trading Commission (CFTC) Amerika Syarikat.

Sebuah lagi syarikat yang ditubuhkan di bawah jenama Alpari. Alpari Emirates diberi lesen oleh Dubai Department of Economic Development dan dibenarkan untuk memulakan perniagaannya di Dubai

Alpari meraikan penanda aras baru apabila klien ke-100,000 mereka mendaftar akaunnya.

Alpari diberi penghormatan sebagai “Syarikat Terbaik Tahun Ini” dalam kategori “Perkhidmatan Pembrokeran” di Anugerah 2009 National Awards. Alpari UK turut dinobatkan sebagai “Syarikat Forex Paling Pantas Berkembang” dalam kategori “Tukaran Asing” oleh World Finance UK.

Alpari menandatangani perjanjian sebagai penaja rasmi pasukan bola sepak FC Spartak Moscow, antara kelab bola sepak terbaik.

Akaun 'Emas' telah diperkenalkan, yang membolehkan klien untuk melakukan dagangan pada akaun dalam matawang yang berkaitan dengan harga emas. Sementara itu, anugerah lain turut menobatkan Alpari UK sebagai "Pejabat Pelaksanaan Terbaik" dalam kategori "Tukaran Asing" oleh World Finance UK.

Volum dagangan bulanan terkumpul bagi semua syarikat yang beroperasi di bawah jenama Alpari mencapai nilai tertinggi sebanyak USD 210 bilion.

Alpari UK mula membekalkan perkhidmatan kepada kliennya di Jepun selepas mengambil alih CMS Japan KK dan menandatangani perjanjian penajaan dengan kelab bola sepak London, West Ham United pada bulan Julai. Penajaan itu adalah bersempena dengan acara paling besar dalam dunia forex, London Investor Show.

Alpari US menjadi penaja rasmi pasukan NBA legenda, New York Knicks dan pasukan hoki, New York Rangers. Jenama Alpari turut diiklankan dalam kalangan papan iklan terkemuka di Madison Square Garden. Pada bulan Jun, jenama ini dinamakan sebagai "Broker Forex Amerika Latin Terbaik" dalam anugerah IBTimes Trading Awards.

Forex Magnates menyenaraikan Alpari sebagai satu daripada lima broker Forex terbesar di dunia, dari segi volum dagangan.

Angka prestasi yang ditunjukkan terus membuktikan Alpari sebagai broker forex ketiga paling besar di dunia, dari segi volum dagangan klien, menutur Forex Magnates. Volum dagangan bulanan purata di Alpari pada tahun 2011 adalah lebih daripada 202 bilion Dolar Amerika.

Projek "Alpari: On Top of the World" dimulakan apabila Alpari menghantar sepasukan pendaki untuk menawan puncak gunung tertinggi di kesemua tujuh benua di dunia dalam masa satu tahun. Pada bulan Disember, Pasukan Alpari telah mendaki Tujuh Puncak dalam masa 300 hari, mencatatkan beberapa rekod terbaik dunia.

Alpari diiktiraf atas "Reputasi Cemerlang dalam Industri dan Prestasi Sterling Terbaik" dalam anugerah 2012 Forex Expo Awards.

2013 mencatatkan satu lagi tahun penuh sejarah terhebat buat Alpari. Bulan Ogos menyaksikan pulangan tahun demi tahun yang mencecah lebih USD 1 trilion, yang mengakhiri tahun berkenaan dengan USD 1.469 trilion.

Bulan Disember, Alpari meraikan ulang tahunnya yang ke-15.

Bulan April, jenama Alpari memperoleh lesen daripada Financial Services Commission (FSC) dari Mauritius dan melancarkan Alpari International! Sebagai ahli baru dalam keluarga Alpari, kami mula menerima klien dengan menawarkan lebih 70 produk forex, CFD dan logam popular menerusi platform MT4.

Jenama ini juga turut berkembang dari dalam. 'Bonus Alpari' dilancarkan, sebuah program yang belum pernah dilaksanakan dalam industri forex. Pedagang dapat memilih terma dagangan, pelaburan dan pindahan dana mereka sendiri.

Penanda aras lain menyaksikan pencetusan 'Idea Pelaburan', di mana cadangan pelaburan dari semasa ke semasa membuka peluang untuk keuntungan dagangan yang lebih tinggi.

Tempoh inovasi diakhiri dengan pengenalan dagangan opsyen binari pada bulan September.

Sebanyak satu juta pelanggan berdaftar dengan Alpari, penanda aras utama bagi jenama ini.

Bulan April, Alpari melancarkan akaun ECN termaju, yang membolehkan klien runcit untuk melakukan dagangan dengan syarat yang sama seperti pedagang profesional profesional dari bank dan institusi perbankan terkemuka di seluruh dunia.

Bulan November, Alpari diiktiraf sebagai "Broker Opsyen Binari Terbaik" dalam anugerah Finance Magnates Awards 2015 di London.

Bulan Januari, Alpari mengambil bahagian dalam pameran forex antarabangsa terbesar yang berlangsung di Hong Kong, iFXExpo, membawa kepada peluasan perkhidmatan tersebut kepada pasaran Asia.

Jenama tersebut membuka pejabat di Mauritius, yang menjadi ibu pejabat Alpari International. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan Alpari mula berurusan dengan beberapa pemimpin negara dalam usaha menubuhkan pusat kewangan di tengah-tengah Lautan Hindi itu.

Pada tahun yang sama, Alpari turut diberi lesen daripada Bank of Russia yang melonjakkan status jenama tersebut sebagai salah satu daripada broker yang paling dipercayai di rantau itu.

Jenama tersebut melancarkan aplikasi mudah alih Alpari Mobile, yang memudahkan klien untuk kekal mutakhir dengan perkembangan terkini, mendapatkan sebut harga matawang masa nyata dan menguruskan kewangan mereka terus daripada peranti mudah alih iOS masing-masing.

Alpari dipilih sebagai "Broker Paling Inovatif" secara keseluruhannya dan "Broker Paling Dipercayai" dalam bidang opsyen binari di anugerah FX Empire Awards.

Bulan Disember, kumpulan Alpari meraikan satu lagi tahun kewangan yang cukup membanggakan, mencatatkan peningkatan terhadap pulangan dagangan sebanyak $1.3 trilion di sepanjang tahun 2017. Ini menandakan rekod terbaru syarikat, dengan peningkatan 29% berbanding tahun lalu.