Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

WebMoney

WebMoney
MatawangUSD, RUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

1. Buka aplikasi WebMoney "Keeper Classic".

2. Dalam MyAlpari, klik pada 'Wang Saya' > 'Deposit Dana' dalam menu tersebut.

3. Kemudian, pilih kaedah pembayaran pilihan dan akaun dagangan yang ingin didepositkan.

4. Pilih matawang anda dalam medan 'Matawang', kemudian masukkan jumlah yang anda inginkan dalam medan 'Jumlah' sebelum mengklik butang 'Sahkan'.

5. Selepas menghantar permintaan anda, masukkan kod dalam gambar kecil serta maklumat kelayakan akaun WebMoney anda, kemudian klik 'Pergi ke Pembayaran'. Lengkapkan semua langkah lain dalam akaun WebMoney anda dan kirimkan dana berkenaan.

6. Pergi ke halaman 'Pindahan Saya' dalam MyAlpari untuk menyemak status pindahan anda. Pada mulanya, anda mungkin melihat status 'Sedang diproses', tetapi sebaik sahaja deposit telah dikirimkan ke akaun dagangan anda, statusnya akan berubah kepada 'Dana telah dideposit ke akaun'.

Maklumat Penting

1 Kami tidak menerima pembayaran pihak ketiga. Semasa melakukan deposit awalan anda - sila hantarkan satu petikan skrin akaun WebMoney anda yang jelas menunjukkan nama, alamat dan status pasport WebMoney anda.

2. Deposit hanya boleh diterima daripada akaun WebMoney dengan status pasport WM ‘Formal’ atau lebih tinggi.

3. Tiada sebarang jumlah pindahan minimum atau maksimum bagi setiap transaksi WebMoney, namun sekatan kewangan tertentu mungkin dikenakan terhadap pengguna WebMoney. Sekatan ini bergantung kepada jenis pasport WM yang dipegang, jenis penyimpan WM yang digunakan dan kaedah pengesahan transaksi yang telah diaktifkan.

4. Sekiranya transaksi melalui WebMoney dilakukan menggunakan matawang yang tidak disokong (lihat jadual di atas untuk matawang yang disokong), ia akan ditukarkan kepada matawang yang disokong yang anda pilih. Caj tukaran mungkin dikenakan. Sekiranya matawang asas akaun dagangan anda dan matawang deposit adalah berbeza, transaksi berkenaan akan tertakluk kepada tukaran dan caj mungkin dikenakan (anda boleh menyemak caj berkenaan dalam jadual Kadar Tukaran).

5. Caj deposit akan ditolak daripada jumlah deposit. Yuran dan komisen kami (sekiranya berkenaan) dinyatakan dalam jadual di atas.

6. Akaun dagangan anda akan dikreditkan dengan segera sebaik sahaja deposit anda diproses. Walau bagaimanapun, transaksi anda mungkin ditunda jika WebMoney dan/atau Alpari International tidak dapat mengesahkan maklumat anda.

7. Jumlah deposit awalan anda perlu dikeluarkan ke akaun WebMoney yang sama digunakan untuk melakukan deposit.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web WebMoney:

Maklumat lanjut di laman web WebMoney:

MatawangUSD, RUR
Yuran / Komisen2%
Masa Pemprosesan24 jam

Pengeluaran dana daripada akaun Alpari International anda:

1. Di MyAlpari, pilih "Wang Saya / Biayai Dana" daripada menu tersebut.

2. Klik pada 'Nombor Akaun', 'Matawang Dompet WebMoney' dan 'Jumlah'.

3. Akhir sekali, lengkapkan/pilih akaun penerima 'Dompet WebMoney'  dan klik 'Sahkan' selepas membaca semua syarat pengeluaran.

4. Ketika ini, anda akan menerima kata laluan pembayaran melalui SMS atau melalui alamat e-mel yang didaftarkan dalam MyAlpari. Masukkan kata laluan ini dalam medan yang diperlukan kemudian klik 'Hantar'.

5. Jejak status pengeluaran anda pada bila-bila masa dalam 'Pindahan Saya' di MyAlpari. Sekiranya permintaan anda diterima, status pindahan akan ditunjukkan sebagai "Sedang diproses". Apabila status permintaan tertera sebagai "Dana dihantar", itu maknanya dana anda telah dihantar ke dompet WebMoney anda.

Maklumat Penting

1. Pengeluaran ke pihak ketiga adalah dilarang. Butiran WebMoney anda seperti nama dan alamat anda perlu sepadan dengan butiran yang berdaftar dalam akaun MyAlpari anda.

2. Pengeluaran dana hanya boleh dilakukan menerusi WebMoney, jika anda menggunakan WebMoney untuk mendeposit dana.

3. Sekiranya anda ingin mengeluarkan dana kepada WebMoney, akaun yang digunakan mestilah merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk melakukan deposit dana.

4. Sebarang caj pemprosesan bagi pengeluaran dana akan ditolak daripada jumlah pengeluaran.

5. Penting untuk anda memastikan bahawa anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda agar pengeluaran dapat dilakukan. Sekiranya anda tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi, anda perlu menutup kedudukan yang terbuka.

6. Ia mengambil masa selama satu hari bekerja untuk Alpari memproses pengeluaran selepas permintaan pengeluaran diterima. Dana akan dikreditkan ke akaun WebMoney anda dalam masa satu hari bekerja selepas diproses oleh Alpari International. Kelewatan mungkin berlaku apabila kami tidak dapat mengesahkan maklumat anda.

7. Walaupun tiada had pindahan minimum dan maksimum yang dikenakan bagi setiap transaksi, pengguna WebMoney adalah tertakluk kepada had kewangan tertentu yang ditentukan oleh tahap pengenalpastian (cth. jenis pasport WM yang dipegang oleh pengguna), jenis Penyimpan WM yang digunakan oleh ahli dan kaedah pengesahan transaksi yang diaktifkan.

8. Sekiranya anda ingin mengeluarkan sebarang keuntungan menggunakan WebMoney, keuntungan tersebut perlu dipindahkan ke akaun WebMoney yang sama digunakan untuk mendanakan akaun dagangan sebelum ini. Kami juga boleh menguruskan untuk keuntungan berkenaan dikeluarkan melalui pindahan bank. Untuk itu, anda perlu memberikan penyata bank yang mengesahkan nama pemegang akaun yang perlu sepadan dengan nama pada akaun dagangan MyAlpari anda.