Matawang | USD, EUR |
Yuran / Komisen | Tiada Komisen |
Masa Pemprosesan | Segera |
Deposit minimum | USD/EUR 50 |
Cara Membuat Deposit ke Akaun Alpari International Anda
- Pergi ke ‘Wang Saya’ di sebelah kiri papan pemuka MyAlpari .
- Klik ‘Deposit Dana’ pada menu juntai bawah.
- Pada kaedah deposit, pilih ‘VLOAD’.
- Sila masukkan kod PIN anda jika anda sudah membeli baucar dan lengkapkan bayaran.
- Jika tidak, sila klik pada pautan di sebelah ruangan kod PIN jika anda perlu membeli baucar.
- Kemudian anda akan dihalakan ke halaman pembekal. Di situ anda perlu mendaftar/log masuk dan mengikut arahan daripada pembekal Baucar untuk membeli baucar anda.
- Lengkapkan pembayaran dengan memasukkan PIN bagi baucar yang dibeli di halaman deposit Vload MyAlpari.
Maklumat Penting
Apabila anda membuat deposit, sila ingat perkara yang berikut:
- Bayaran daripada pihak ketiga tidak diterima. Nama pada bayaran mesti sama seperti nama yang didaftarkan dengan Alpari International.
- Jika anda membuat sebarang transaksi yang menggunakan mata wang berbeza daripada mata wang akaun anda, ia akan ditukar secara automatik pada kadar penukaran Alpari International.
- Jika berjaya, akaun anda akan menerima deposit tersebut tidak lama selepas diminta. Mungkin terdapat kelewatan jika kami atau pembekal pembayaran mengalami kesulitan untuk mengesahkan maklumat anda.
- Sebarang yuran deposit yang mungkin dikenakan akan ditolak daripada jumlah yang didepositkan. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen.
- Sila semak masa pemprosesan Alpari International di atas berkaitan dengan deposit.
- Jumlah minimum setiap transaksi ialah USD/EUR 10.
Matawang | USD, EUR |
Yuran / Komisen | Tiada Komisen |
Masa Pemprosesan | 24 jam |
Cara Mengeluarkan Dana daripada akaun MyAlpari
- Klik Keluarkan dana pada menu di bahagian tepi di MyAlpari. Selepas anda memilih ‘VLOAD’, pilih akaun dagangan yang anda ingin membuat pengeluaran daripadanya.
- Sebelum mengklik pada ‘Sahkan’, pastikan anda mengisi semua ruangan di borang dan baca syarat pengeluaran.
- Semak status pengeluaran anda di ‘Sejarah MyAlpari’.
Maklumat Penting
Apabila membuat pengeluaran, sila ingat perkara yang berikut:
- Memindahkan dana ke akaun pihak ketiga adalah tidak diterima.
- Pengeluaran perlu dibuat dengan kaedah yang sama seperti kaedah yang digunakan untuk membuat deposit permulaan.
- Mana-mana keuntungan yang terhasil selepas deposit permulaan anda boleh dikeluarkan melalui kaedah Pembayaran lain yang tersedia untuk anda.
- Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung jumlah pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi, anda terpaksa menutup mana-mana kedudukan yang terbuka.
- Proses pengeluaran boleh mengambil masa selama 24 jam. Selepas dana diproses oleh Alpari International, dana itu akan dikreditkan ke akaun VLOAD yang anda gunakan untuk membuat deposit. Kelewatan mungkin berlaku jika kami mengalami masalah untuk mengesahkan akaun tersebut.
- Jika transaksi dihantar dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang akaun anda, ia akan ditukar secara automatik pada kadar penukaran Alpari International. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
- Yuran pengeluaran akan diambil daripada jumlah pengeluaran. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen.
- Sila semak jadual di atas untuk masa pemprosesan Alpari International di atas berkaitan dengan pengeluaran.