Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Perbankan Dalam Talian Asia Tenggara

MatawangMYR, THB, IDR, VND
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

  1. Lengkapkan borang Deposit Dana dalam MyAlpari – boleh ditemui di bahagian 'Wang Saya' dalam menu – kemudian klik 'Sahkan'.
  2. Pada halaman yang dialihkan, anda perlu mendaftar masuk untuk menyelesaikan pembayaran.
  3. Ambil petikan skrin pindahan anda daripada halaman bank anda, pastikan nama penuh, nombor akaun bank dan butiran transaksi anda kepada Alpari International dapat dilihat dengan jelas.

Maklumat Penting

Sila pastikan perkara yang berikut semasa melakukan deposit anda:

  1. Pembayaran pihak ketiga adalah tidak diterima. Nama pengirim perlu sepadan dengan nama yang berdaftar dengan Alpari International.
  2. Sekiranya transaksi dikirim dalam unit yang berbeza daripada matawang akaun anda, kiriman tersebut akan tertakluk kepada yuran tukaran kami. Rujuk kadar tukaran.
  3. Deposit yang berjaya akan dikirimkan ke akaun anda secepat mungkin. Sekiranya Alpari International atau pembekal pembayaran mengalami masalah dalam mengesahkan maklumat anda, kelewatan mungkin berlaku.
  4. Jumlah deposit minimum bagi setiap transaksi adalah lebih kurang sama dengan USD 5. Jumlah deposit maksimum bagi setiap transaksi adalah berbeza mengikut setiap  mata wang. Untuk mendapatkan jumlah deposit maksimum yang tepat bagi setiap mata wang, sila lihat di bawah:
    Jumlah Deposit Minimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 50,000 THB 100, VND 60,000, MYR 10.
    Jumlah Deposit Maksimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 100,000,000, THB 500,000, VND 300,000,000, MYR berbeza antara 10,000 - 50,000 mengikut Bank.
  5. Sekiranya deposit dilakukan dalam matawang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk matawang yang disokong), ia akan ditukarkan secara automatik kepada matawang yang disokong pilihan anda dan caj tukaran akan dikenakan.
  6. Sekiranya matawang akaun dagangan dan matawang deposit anda berbeza, deposit akan ditukarkan dan caj akan dikenakan. Jadual kadar tukaran boleh ditemui di MyAlpari.
  7. Kadar tukaran kami dikemas kini setiap hari.
  8. Kami akan menolak caj deposit daripada jumlah deposit. Rujuk jadual di atas untuk melihat Caj dan Komisen.
  9. Jadual di atas turut menunjukkan masa pemprosesan kami yang berkaitan dengan deposit.
MatawangMYR, THB, IDR, VND
Yuran / Komisen1.4 %
Masa Pemprosesan24 jam

Cara untuk Mengeluarkan Dana daripada akaun MyAlpari

  1. Dalam akaun MyAlpari anda, pergi ke ‘Wang Saya' kemudian 'Keluarkan dana’.
  2. Seterusnya, dalam 'Kaedah Pembayaran Tempatan' tekan butang 'Keluarkan' untuk meminta pengeluaran.
  3. Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan borang Pengeluaran dengan menyertakan butiran akaun bank anda sebelum mengesahkan pembayaran.
  4. Baca terma dan syarat dan apabila anda bersedia, tekan 'Sahkan'.
  5. Satu kata laluan 4 angka akan dihantar kepada anda melalui teks atau e-mel (semak folder sarap atau spam anda sekiranya anda tidak menerima e-mel tersebut dalam masa beberapa minit). Masukkan kata laluan tersebut di halaman pengesahan pengeluaran dan tekan 'Hantar'.
  6. Di MyAlpari, anda boleh menjejaki perkembangan pindahan anda. Hanya pergi ke menu sisi dalam menu juntai bawah 'Wang Saya', kemudian klik 'Pindahan Saya'.
  7. Sekiranya pengeluaran menunjukkan status 'Sedang Diproses', maknanya permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Apabila status anda berubah kepada "Dana dikirim" (biasanya dalam masa satu hari bekerja daripada permintaan awalan anda), maknanya dana anda telah dikirim ke akaun bank anda.

Maklumat Penting

Sila pastikan perkara yang berikut semasa melakukan pengeluaran:

  1. Kami tidak menerima pembayaran kepada pihak ketiga. Butiran penerima mestilah sepadan dengan nama yang berdaftar dengan Alpari International.
  2. Deposit yang dikeluarkan perlu dipindahkan ke sumber yang sama deposit itu datang.
  3. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka pada akaun anda.
  4. Jumlah pengeluaran minimum bagi setiap transaksi adalah lebih kurang sama dengan USD 17. Jumlah pengeluaran maksimum bagi setiap transaksi adalah lebih kurang sama dengan USD 12,000. Untuk mendapatkan jumlah pengeluaran minimum dan maksimum yang tepat bagi setiap mata wang, sila lihat di bawah:
    Jumlah Pengeluaran Minimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 200,000, THB 500, VND 300,000, MYR 50.
    Jumlah Pengeluaran Maksimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 100,000,000, THB 500,000, VND 300,000,000, MYR 50,000.
    Jumlah Pengeluaran Harian Maksimum adalah sama dengan USD 25,000 atau nilai yang setara dalam mata wang yang berkaitan.
  5. Sekiranya terdapat perbezaan dalam matawang akaun dagangan dan pengeluaran anda, transaksi berkenaan perlu ditukarkan dan caj akan dikenakan. Semak jadual kadar tukaran di MyAlpari untuk maklumat lanjut.
  6. Kadar tukaran Alpari International dikemas kini pada setiap hari.
  7. Kami mengenakan caj pengeluaran yang akan ditolak daripada jumlah pengeluaran anda. Sila semak jadual di atas bagi Caj/Komisen.
  8. Pastikan anda menyemak masa pemprosesan Alpari International yang berkenaan dengan pengeluaran.