Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Skrill

MatawangEUR, USD, GBP, PLN, CZK
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

  1. Pada menu sisi di MyAlpari, pilih 'Deposit Dana' di bawah menu 'Wang Saya' dan klik pada Skrill. Kemudian, dalam borang deposit, pilih akaun dagangan yang anda ingin depositkan. Selepas itu, pilih matawang akaun anda dengan mengklik pada 'Matawang' dan masukkan jumlah deposit anda dan klik 'Sahkan'.
  2. Semak dan pastikan bahawa semua maklumat yang anda berikan adalah tepat, kemudian klik 'Hantar'. Daripada situ, anda akan dialihkan kepada laman web Skrill, kemudian anda perlu memasukkan butiran log masuk Skrill anda. Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar di sini pada peringkat ini.

Sudah mempunyai akaun Skrill?

Masukkan sahaja butiran log masuk anda, iaitu e-mel dan kata laluan anda dan selesaikan pindahan anda.

Belum mempunyai akaun Skrill?

Hanya masukkan data yang diperlukan untuk membuka akaun di sini. Sekiranya anda menggunakan kad kredit atau debit, muat naik maklumat tersebut ke dalam akaun Moneybookers (Skrill) anda dan deposit dana ke e-dompet anda. Alpari boleh menerima dana tersebut. Anda boleh menjejaki status deposit anda pada bila-bila masa di MyAlpari.

Maklumat Penting

  1. Deposit hanya boleh dilakukan daripada e-dompet Skrill peribadi anda sendiri.
  2. Pembayaran pihak ketiga adalah tidak diterima.
  3. Sekiranya anda memindahkan dana dengan kad kredit atau debit anda, lakukan deposit melalui kad ini kepada e-dompet Skrill anda terlebih dahulu, kemudian lakukan permintaan deposit di MyAlpari menggunakan log masuk Skrill anda.
  4. Nama dan alamat e-mel yang telah anda gunakan untuk mendaftar akaun Skrill dan MyAlpari anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan alamat e-mel yang berbeza pada akaun Skrill anda, pastikan anda menyertakan alamat e-mel ini sebagai tambahan dalam "Butiran Anda" di MyAlpari dan nyatakan bahawa inilah alamat e-mel yang anda gunakan untuk Skrill.
  5. Sekiranya alamat tempat tinggal pada akaun Skrill anda berbeza daripada akaun MyAlpari anda, kami akan meminta bukti tempat tinggal daripada anda melalui bil utiliti atau penyata bank.
  6. Tiada jumlah deposit minimum bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, jumlah maksimum sebanyak EUR 10,000 bagi setiap deposit (atau setara dalam matawang yang disokong, lihat butiran lanjut dalam jadual di atas).
  7. Sekiranya transaksi Skrill dilakukan dalam matawang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk matawang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan ke dalam matawang yang disokong pilihan anda dan mungkin tertakluk kepada caj tukaran.
  8. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda dinamakan dalam matawang yang berlainan, transaksi tersebut akan ditukarkan dan tertakluk kepada caj, berdasarkan  jadual Kadar Tukaran dalam MyAlpari (daftar masuk diperlukan).
  9. Alpari tidak mengenakan sebarang caj atau komisen bagi deposit yang dilakukan melalui Skrill.
MatawangEUR, USD, GBP, PLN, CZK
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan24 jam

Ingin mengeluarkan dana daripada akaun dagangan anda kepada akaun Skrill anda? Pastikan anda melengkapkan permintaan tersebut di MyAlpari.

Cara untuk mengeluarkan dana daripada MyAlpari:

  1. Klik pada Keluarkan dana pada menu sisi di MyAlpari. Selepas anda memilih 'Skrill', pilih akaun dagangan yang anda ingin lakukan pengeluaran dana.
  2. Pilih matawang pengeluaran yang anda inginkan dalam 'Matawang' Skrill. Sebelum klik 'Sahkan', pastikan anda mengisi semua butiran yang diperlukan dalam borang berkenaan dan baca syarat pengeluaran.
  3. Semak status pengeluaran anda dalam 'Sejarah MyAlpari'.

Maklumat Penting

Pastikan anda membaca maklumat berikut sebelum melakukan pengeluaran:

  1. Pengeluaran dana kepada pihak ketiga adalah tidak diterima.
  2. Anda hanya boleh mengeluarkan dana ke akaun Skrill yang sama yang digunakan semasa melakukan deposit asal.
  3. Sekiranya anda ingin mengeluarkan dana melalui Skrill, akaun yang digunakan mestilah merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk melakukan deposit dana.
  4. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk melakukan pengeluaran anda. Sekiranya anda tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi, anda perlu menutup mana-mana kedudukan yang terbuka.
  5. Proses pengeluaran ini mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk selesai. Selepas dana berkenaan diproses oleh Alpari International, ia akan dikreditkan ke akaun Skrill anda. Kelewatan mungkin berlaku sekiranya kami mempunyai masalah dalam mengesahkan akaun anda.
  6. Sekiranya anda ingin mengeluarkan sebarang keuntungan dagangan menggunakan Skrill, akaun Skrill tersebut mestilah sama dengan akaun yang digunakan untuk mendanakan akaun dagangan anda sebelum ini. Kami boleh melakukan pindahan kawat bagi keuntungan anda kepada anda, tetapi hal ini memerlukan anda untuk mengesahkan nama pemegang akaun melalui penyata bank atau sebarang bentuk pengenalan diri lain, yang mesti sepadan dengan nama yang berdaftar dengan Alpari International.
  7. Kadar tukaran Alpari dikemas kini pada setiap hari.
  8. Tiada jumlah pengeluaran minimum bagi setiap transaksi. Jumlah pengeluaran maksimum adalah USD 10,000 (atau setara - rujuk jadual di atas untuk matawang yang disokong) bagi setiap transaksi.

© 2019 Alpari International