Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Pindahan Bank Tempatan Nigeria

Nigerian Local Bank Wire
MatawangNGN
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan1 Hari Bekerja  

Pindahan kawat yang berpatutan tersedia dalam Naira dan USD secara tempatan. Deposit ke akaun dagangan anda dengan memindahkan dana kepada salah satu daripada akaun syarikat kami di bank berikut:

  • Diamond Bank
  • First Bank Plc
  • Guaranty Trust Bank
  • Zenith Bank

Sila Ambil Perhatian:

  1. Pembayaran pihak ketiga adalah tidak diterima. Nama pengirim mestilah sama dengan nama pada akaun dagangan anda.
  2. Akaun dagangan Alpari International menyokong akaun USD, EUR, GBP dan NGN. Anda kini boleh memindahkan Naira kepada akaun anda tanpa melibatkan sebarang proses tukaran. Adalah dimaklumkan bahawa akaun NGN hanya tersedia kepada klien di Nigeria sahaja.
  3. Pindahan kawat mungkin akan dikenakan caj daripada bank pengirim atau penerima.
  4. Alpari International tidak mengenakan sebarang caj dan akan mendepositkan jumlah bersih yang diterima ke dalam akaun anda.
  5. Sebaik sahaja transaksi diterima, dana akan dipindahkan ke akaun dagangan anda dan mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga hari bekerja. Kelewatan mungkin berlaku sekiranya terdapat masalah dalam mengesahkan maklumat anda. Pastikan anda menyimpan butiran pengesahan bank sekiranya diperlukan pada masa akan datang.
  6. Dana pindahan kawat perlu dipindahkan ke akaun bank anda sendiri.
  7. Sebarang deposit yang dikeluarkan perlu dipindahkan kepada sumber asalnya.
  8. Jika anda memindahkan dana ke dalam akaun tempatan di Nigeria, pastikan anda memberikan maklumat pengesahan pembayaran berikut.
    • Sekiranya ia merupakan pindahan daripada akaun bank anda, penyata bank atau tangkapan skrin halaman perbankan dalam talian sudah memadai.
    • Sekiranya ia merupakan pindahan menerusi juruwang bank, dapatkan resit pindahan atau sebarang bukti pengesahan pembayaran lain.
  9. Dalam borang pindahan langsung bank atau pindahan perbankan dalam talian, pastikan anda menyatakan nombor akaun dagangan anda atau nombor MyAlpari dalam medan 'Catatan'.
  10. Sekiranya anda dikenakan sebarang caj komisen semasa mendanakan akaun anda, kami akan mengembalikan caj tersebut 100%.
MatawangNGN
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan24 jam

Sila Ambil Perhatian:

  1. Pengeluaran kepada akaun pihak ketiga adalah dilarang. Dana yang dikeluarkan daripada akaun Alpari International anda hanya boleh dipindahkan kepada akaun bank dengan nama yang sama sahaja.
  2. Dana boleh dipindahkan kepada mana-mana akaun bank di bawah nama anda. Walau bagaimanapun, pengeluaran deposit awalan anda hanya boleh dipindahkan ke akaun bank yang sama dengan akaun yang anda gunakan semasa deposit.
  3. Tiada jumlah pengeluaran minimum. Caj pemprosesan akan dikenakan bagi pengeluaran dana yang akan ditolak daripada jumlah pengeluaran.
  4. Sila pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk pengeluaran anda. Sekiranya margin bebas tidak mencukupi, anda boleh memilih untuk menutup kedudukan terbuka dalam akaun anda.
  5. Alpari International memproses pengeluaran dalam masa dua hari bekerja selepas permintaan anda. Dana akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 1-3 hari bekerja selepas diproses oleh pihak kami. Kelewatan mungkin berlaku sekiranya terdapat masalah dalam mengesahkan maklumat.
  6. Penting untuk anda menyemak semua butiran bank dengan betul. Sekiranya terdapat kesilapan dalam maklumat yang diberikan, anda akan dikenakan caj sebanyak 1.5% daripada jumlah pengeluaran anda.