Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Maestro

Maestro Card
MatawangEUR, USD, GBP
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera
Deposit minimumEUR/USD/GBP 5

Cara untuk melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

  1. Klik 'Wang Saya' pada menu sebelah kiri dalam MyAlpari. Pada menu juntai bawah tersebut, klik 'Deposit Dana'.
  2. Pilih jenis penyelesaian deposit kad yang sesuai dengan jenis kad yang akan anda gunakan untuk deposit.
  3. Klik pada 'Akaun' daripada menu juntai bawah dan pilih akaun dagangan yang anda ingin danakan. Pastikan anda memilih matawang yang anda ingin dagangkan dan masukkan jumlah deposit anda.
  4. Lengkapkan semua medan lain (jika berkenaan) pada borang tersebut dan tekan 'Sahkan' untuk meneruskan.
  5. Luangkan sedikit masa untuk menyemak semua maklumat yang telah anda masukkan sebelum mengklik 'Hantar'. Kemudian, anda akan dialihkan kepada halaman pemprosesan pembayaran di mana anda perlu memasukkan butiran kad anda.
  6. Klik pada Sejarah MyAlpari sekiranya anda ingin melihat status deposit anda.

Maklumat Penting

Penting untuk mengingati perkara yang berikut apabila anda ingin membuat deposit:

  1. Alpari International tidak menerima pembayaran daripada pihak ketiga.
  2. Semasa melakukan deposit, anda perlu memberikan salinan berwarna bahagian hadapan dan belakang kad pembayaran anda. Atas tujuan keselamatan, kami mengesyorkan supaya anda melindungi seluruh nombor kad kredit kecuali empat nombor terakhir kad, serta tiga angka kod CVV di bahagian belakang kad. Semua yang lain mesti boleh dilihat dan bahagian belakang kad mestilah bertandatangan.
  3. Alpari International hanya menerima transaksi kad dalam matawang berikut: USD, EUR dan GBP. Sebarang transaksi kad yang dihantar dalam matawang lain akan ditukarkan kepada salah satu daripada tiga matawang ini dan pemproses kad mungkin mengenakan caj tukaran.
  4. Pemproses kad akan mengenakan caj kepada pihak penerima bagi setiap transaksi, yang akan ditanggung oleh klien Alpari International. (Semak jadual tukaran di sini). Jumlah bersih akan didepositkan ke akaun dagangan anda yang dibiayai melalui pemproses kad.
  5. Deposit yang berjaya akan dikirimkan kepada akaun dagangan anda dengan segera. Walau bagaimanapun, kelewatan mungkin berlaku sekiranya pemproses kad atau Alpari menghadapi kesukaran dalam mengesahkan maklumat anda.
  6. Sekiranya anda ingin mengeluarkan deposit anda, dana tersebut mesti dikeluarkan ke dalam kad yang sama digunakan untuk deposit.
  7. Anda mungkin perlu memberikan kod pengesahan deposit anda kepada kami.
  8. Anda juga mungkin perlu memberikan penyata kad anda atau petikan skrin penyata bank anda, yang jelas menunjukkan transaksi kepada Alpari International.
  9. Penting untuk anda mengetahui bahawa sebarang permintaan daripada kami akan datang daripada alamat e-mel Alpari International. Kami tidak akan meminta sebarang maklumat sulit (seperti CVV atau kod keselamatan 3D). Jika anda menerima sebarang e-mel yang meragukan yang meminta maklumat sensitif anda, sila laporkannya kepada kami di: [email protected].
  10. Alpari International tidak menyimpan data kad pelanggan. Semua data kad dikumpulkan dan disimpan dengan selamat dalam Pembekal Perkhidmatan Pembayaran berlesen Tahap 1 Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (Payment Card Industry Data Security Standard (PCI DSS)).
  11. Seperti yang disyorkan oleh Majlis Standard Keselamatan PCI, butiran kad pelanggan dilindungi menggunakan penyulitan Lapisan Pengangkutan — TLS 1.2 – serta lapisan aplikasi dengan AES algoritma dan panjang kunci 256 bit.
MatawangEUR, USD, GBP
Yuran / Komisen2 GBP/ 3 USD/ 2 EUR
Masa Pemprosesan24 jam

Sekiranya anda ingin mengeluarkan dana daripada akaun dagangan anda kembali ke dalam kad, anda perlu melengkapkan permintaan berkenaan di MyAlpari.

Cara untuk mengeluarkan dana daripada akaun Alpari International anda

  1. Klik pada 'Keluarkan dana' pada menu sisi di MyAlpari (di bawah 'Wang Saya'). Pilih 'Kad Debit/Kredit', kemudian pilih akaun dagangan yang anda ingin lakukan pengeluaran dana.
  2. Selepas itu, pilih matawang pengeluaran yang anda inginkan serta nombor kad, tarikh luput, nama pemegang kad dan bank pengeluar kad. Pastikan anda membaca syarat pengeluaran sebelum melengkapkan semua butiran pada borang dan mengklik 'Sahkan'.
  3. Semak status pengeluaran anda dalam Sejarah MyAlpari

Maklumat Penting

Ingat perkara yang berikut sebelum mengeluarkan dana:

  1. Pembayaran ke pihak ketiga adalah tidak diterima oleh Alpari International. Kami perlu memastikan nama pemegang kad sepadan dengan nama yang berdaftar dengan akaun dagangan.
  2. Apabila melakukan pengeluaran, anda perlu menggunakan kad kredit yang sama yang anda gunakan untuk melakukan deposit. Jumlah yang dikeluarkan tidak boleh melebihi jumlah yang dideposit menggunakan kad kredit yang sama. Caj pemprosesan akan dikenakan bagi pengeluaran dana yang akan ditolak daripada jumlah pengeluaran. Sebarang keuntungan tambahan yang diperoleh selepas itu boleh dikeluarkan melalui sebarang kaedah yang tersedia untuk anda.
  3. Sebarang pengeluaran yang dilakukan memerlukan margin bebas yang mencukupi dalam akaun untuk pengeluaran dilakukan. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka pada akaun anda sebelum meminta pengeluaran.
  4. Alpari International memproses pengeluaran dalam masa 1 hari perniagaan dari permintaan dilakukan. Dana akan dipindahkan kembali kepada kad tersebut dalam masa satu minggu bekerja selepas diproses oleh Alpari International. Kelewatan mungkin berlaku apabila kami tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  5. Had Pemproses Kad Kredit (setiap transaksi): Minimum: untuk menanggung yuran. Maksimum: $/€/£ 15,000.
  6. Dalam kes-kes tertentu, pemproses kad mungkin tidak dapat memproses permintaan pengeluaran anda. Dalam hal ini, pasukan Pejabat Pentadbiran kami akan menghubungi anda untuk membincangkan kaedah alternatif yang tersedia.
  7. Alpari International tidak menyimpan data kad pelanggan. Semua data kad dikumpul dan disimpan dengan selamat dalam Pembekal Perkhidmatan berlesen PCI DSS Paras 1 sahaja.
  8. Seperti yang disyorkan oleh Majlis Standard Keselamatan PCI, butiran kad pelanggan dilindungi menggunakan penyulitan Lapisan Pengangkutan — TLS 1.2 – serta lapisan aplikasi dengan AES algoritma dan panjang kunci 256 bit.

© 2019 Alpari International