Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Soalan Lazim

Apakah yang boleh saya bantu anda pada hari ini?

Soalan Lazim Pelabur

Dapatkan jawapan untuk persoalan Pelabur anda di sini

Hanya satu klik lagi untuk anda membuka akaun Pelabur anda. Anda boleh mulakan dengan memilih Pengurus Strategi anda dan mengklik 'Melabur' pada halaman profil mereka atau pergi ke MyAlpari dan membuat Akaun Pelaburan di situ.

Apabila profil MyAlpari anda sudah disahkan, anda kini bersedia untuk memilih Pengurus Strategi anda dan membuat deposit.

Terdapat ramai Pengurus Strategi yang boleh dipilih. Anda hanya perlu menentukan tahap risiko anda – serta pulangan yang anda harapkan. Setiap Pengurus Strategi mempunyai tahap risiko yang ditentukan berdasarkan beberapa faktor – penurunan maksimum, tahap keagresifan mereka dan statistik bagi dagangan mereka yang sudah ditutup.

Jika anda memerlukan bantuan bagi beberapa istilah yang disebutkan di sini, sila pergi ke glosari Takrif Alpari CopyTrade.

Tiada had sama sekali – anda boleh mengikuti seramai mana yang anda inginkan.

Terdapat dua cara untuk membuat deposit. Anda boleh membuat pindahan dalaman atau pindahan luaran melalui kad kredit, pindahan bank atau e-dompet.

Pergi ke Gambaran Keseluruhan Akaun di MyAlpari. Pilih akaun Pelaburan yang anda ingin keluarkan dana sebelum mengklik 'Keluarkan'. Terdapat beberapa medan yang perlu diisi – apabila sudah selesai, klik 'Serah'. Jika anda ingin mengeluarkan kesemuanya, pilih 'saya ingin mengeluarkan semua dana dan menutup akaun'.

Sudah tentu! Hanya pergi ke ‘Akaun Pelaburan Saya’ di MyAlpari. Di sini anda akan dapat melihat butang 'Jeda' di sebelah 'Status Akaun'.

Anda boleh meneruskan semula Pelaburan anda pada bila-bila masa apabila anda sudah bersedia, dengan pergi ke Status Akaun dan mengklik 'Teruskan'.

Sudah tentu. Pada ‘Akaun Pelaburan Saya’ di MyAlpari, pilih akaun Pelaburan yang anda perlu tukar aras perlindungannya.

Dalam bahagian Akaun, klik pada Aras Perlindungan. Pilih butang 'Edit' dan laraskan kepada tetapan yang anda inginkan, sebelum mengklik 'Tetapkan'.

Anda boleh mengawal Mod Selamat dengan pergi ke ‘Akaun Pelaburan Saya’ di MyAlpari dan pilih akaun Pelaburan yang anda ingin tukar.

Pergi ke bahagian Akaun dan pilih Mod Selamat. Pilih butang 'Dayakan/Nyahdaya' untuk menukar tetapan anda. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang ciri Mod Selamat? Pergi ke halaman Takrif Alpari CopyTrade .

Sebarang bahagian untung yang diperoleh Pengurus Strategi anda ditolak secara terus daripada akaun Pelaburan anda. Ini berlaku pada akhir selang bulanan, apabila anda membuat permintaan pengeluaran atau jika anda menutup akaun Pelaburan anda.

Tidak – mereka tidak akan mempunyai akses kepada akaun anda. Pengurus Strategi menjalankan dagangan mereka pada akaun mereka sahaja dan kedudukan mereka disalin secara automatik kepada anda.

Bila-bila masa yang anda mahu. Untuk kedudukan yang terbuka, deposit dan pengeluaran dilakukan pada waktu dagangan instrumen tersebut.

Tidak – prestasi lepas Pengurus Strategi tidak menjamin keuntungan pada masa akan datang.

Dengan Alpari CopyTrade, terdapat empat cara untuk membantu mengawal dan mengehadkan risiko anda. Iaitu:

  1. Menetapkan aras perlindungan
  2. Menghentikan seketika akaun anda
  3. Beroperasi dalam Mod Selamat
  4. Memilih Pengurus Strategi yang profil risikonya paling sepadan dengan risiko anda

Hanya keluarkan dana anda daripada akaun anda. Pilih 'Saya ingin mengeluarkan semua dana dan menutup akaun' dan klik 'Serah'.

Ya – anda boleh melakukannya dengan pergi ke halaman Gambaran Keseluruhan Akaun dan menatal ke bahagian Akaun Pelaburan Saya. Pilih pautan Arkib berwarna biru yang terletak di bahagian atas sebelah kanan dan di situ anda akan melihat akaun Pelaburan anda yang ditutup.

Maklumat ini akan di-e-melkan kepada anda setiap 30 hari dalam pernyataan akaun Pelaburan anda. Anda boleh memuat turun laporan penuh yang memperincikan semua dagangan yang ditutup dan bahagian untung yang dibayar kepada Pengurus Strategi anda untuk tempoh tersebut.

Anda juga boleh mendapatkan laporan terkini pada bila-bila masa di MyAlpari. Pilih tab Pernyataan di akaun Pelaburan anda, pilih tarikh yang anda inginkan laporannya dan muat turun.

Setiap kali Pengurus Strategi pilihan anda membuka dagangan, anda juga akan membuka kedudukan pada waktu dan harga yang sama berdasarkan ekuiti anda dan Pengurus Strategi anda.

Formulanya ialah: Nisbah = Ekuiti Pelabur / Ekuiti Pengurus Strategi

Oleh itu, jika ekuiti Pelabur ialah USD 1,000 dan ekuiti Pengurus ialah 200, maka nisbahnya ialah 1000/200 – iaitu 5.

Oleh itu, jika Pengurus Strategi membeli 1 lot EUR/USD, berdasarkan nisbah ini (=5), maka akaun Pelaburan akan membeli 5 lot EUR/USD pada harga yang sama.

Terdapat beberapa sebab pulangan keseluruhan anda mungkin berbeza daripada Pengurus Strategi anda. Ini termasuk:

  • Halaman kedudukan Pengurus Strategi mengemas kini statistik sekali sejam, manakala data MyAlpari adalah secara langsung
  • Akaun Pelaburan anda mungkin sedang dihentikan seketika
  • Anda mungkin menghidupkan Mod Selamat anda
  • Bahagian untung mungkin telah ditolak – ini dilakukan setiap 30 hari
  • Anda telah membuat pengeluaran

% perubahan dalam untung pada akaun Pengurus Strategi * jumlah pelaburan – bahagian untung.

Pelaburan $100 awal anda akan meningkat kepada $300 jika untung keseluruhan Pengurus Strategi anda ialah 200% dan anda telah melabur pada hari pertama.

Dan jika untung itu berubah daripada 200% menjadi 300% selama sehari, pelaburan anda akan meningkat kepada $400.

Ini adalah berdasarkan formula yang mudah. Perubahan peratusan dalam sehari itu untuk pelabur baru ialah (400-300)/300=33.33%.

Jika pelabur baru turut serta, mengikut Pengurus yang sama manakala untung keseluruhannya ialah 200% dan melaburkan $100, pelabur juga akan mendapat laba 33.33% ($33.33) pada pelaburannya, menghasilkan jumlah keseluruhan $133.33.

Tidak mungkin anda boleh menghasilkan sebarang potensi untung tanpa mendedahkan diri anda kepada risiko.

Anda mempunyai soalan yang tidak dijawab di sini? Jangan bimbang, pergi ke halaman hubungi kami dan hubungi kami – kami bersedia untuk membantu.

Kembali ke FAQ