Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Soalan Lazim

Apakah yang boleh saya bantu anda pada hari ini?

Perihal Alpari CopyTrade

Alpari CopyTrade ialah program termaju yang dibangunkan oleh jabatan Penyelidikan & Pembangunan kami yang membolehkan anda menyalin strategi daripada pedagang lain. Melalui Alpari CopyTrade, anda boleh mendapatkan manfaat daripada menyalin dagangan dengan beberapa cara:

  • Jika anda ialah Pelabur, akaun anda secara automatik akan menyalin dagangan daripada Pengurus Strategi pilihan anda. Apabila mereka mendapat untung, begitu juga anda.
  • Jika anda Pengurus Strategi, anda mendapat peratusan daripada keuntungan yang pengikut (Pelabur) anda peroleh daripada penyalinan dagangan anda yang berjaya.

Pelabur memilih Pengurus Strategi yang sesuai untuk diikuti dan secara automatik menyalin dagangan mereka. Perkara yang menariknya ialah Pelabur boleh mendapat manfaat daripada potensi peluang dalam pasaran, walaupun mereka tiada masa atau keyakinan untuk merancang dan membuat dagangan sendiri. Mereka juga boleh mendapatkan kemahiran baru dan memahami pasaran dengan melihat dagangan yang berjaya daripada Pengurus Strategi mereka.

Pengurus Strategi biasanya pedagang yang berpengalaman. Mereka membenarkan dagangan mereka disalin secara automatik oleh Pelabur mereka untuk mendapatkan balasan berbentuk peratusan daripada keuntungan bagi dagangan yang berjaya. Mereka boleh menetapkan sendiri peratusan ini (juga dipanggil sebagai bahagian untung) sehingga 30%.

Pelabur: USD/EUR/GBP 100
Pengurus Strategi pada akaun ECN MT4: USD/EUR/GBP 1000

Untuk membantu Pelabur menentukan Pengurus Strategi yang paling sesuai bagi mereka, kami menentukan kedudukan pengurus di halaman ini. Ia menunjukkan semua pengurus yang sedang aktif dan beberapa butiran penting tentang mereka.

Kedudukan ini mempertimbangkan pulangan keseluruhan (ditolak bahagian untung) dan faktor penting yang berikut:

  • Tahap risiko
  • Peratusan penurunan
  • Bilangan hari dagangan yang aktif
  • Pulangan bulanan

Penting untuk memberi Pelabur maklumat yang terkini, oleh itu jadual kedudukan Pengurus Strategi kami dikemas kini setiap hari. Langkah ini membolehkan anda memilih Pengurus Strategi dan mengikuti perkembangan prestasi mereka sebelum membuat keputusan. Maklumat pada profil peribadi anda dikemas kini secara tetap.

Semua data pada akaun Pelaburan anda adalah terkini dan secara langsung.

ECN MT4. Untuk butiran dan spesifikasi tentang pelayan ini, sila semak di sini.

Sentiasa terdapat risiko apabila berdagang dan walaupun kami tidak dapat menjamin sebarang keuntungan, tiada batasan bagi jumlah wang yang boleh anda hasilkan.

Kami tidak mengenakan sebarang yuran tambahan.

Sekali lagi, tiada batasan di sini – anda boleh mempunyai sebanyak mana akaun yang anda inginkan.

Ia merupakan sebahagian daripada untung yang Pelabur berikan kepada Pengurus Strategi untuk dagangan yang menguntungkan (sehingga 30%). Pergi ke halaman Takrif untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Pengurus Strategi boleh memilih untuk memberi Pelabur mereka gambaran keseluruhan yang ringkas tentang gaya dagangan dan matlamat mereka. Jika ada, anda boleh mendapatkannya di halaman profil individu mereka.

Pengurus Strategi boleh menambah kemas kini pada profil mereka untuk membantu Pelabur memahami strategi dan jadual dagangan mereka. Ini boleh menjadi maklumat yang berguna kepada Pelabur kerana memberi mereka pemahaman yang lebih baik tentang kemajuan dan gaya dagangan umum Pengurus Strategi. Ini dipaparkan di bawah tab 'Berita'.

Kembali ke FAQ